tidak salah telahan kami mengatakan dalam artikel terdahulu, bahawa kerajaan bakal menaikkan harga minyak RON 95 selepas berlaku kenaikan harga gula dan juga harga minyak RON 97 .
Berikut di bawah adalah kenyataan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
PUTRAJAYA 15 Mei – Rakyat diminta bersedia untuk menerima kenaikan harga petrol dan minyak yang dijangka berlaku dalam tempoh terdekat.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, langkah tersebut terpaksa dilakukan memandangkan kerajaan menanggung beban subsidi yang tinggi ekoran kenaikan harga minyak mentah di pasaran.
Katanya, jika langkah itu tidak diambil, kerajaan akan mengalami defisit yang lebih tinggi pada masa akan datang.
“Hingga sekarang trend dunia tidak nampak langsung tanda-tanda minyak mentah akan turun tetapi ia terus kekal dan terus naik,” katanya. – Utusan
Sengaja kami “bold”kan ayat di atas.Kami nak tanya sikitlah pada Ismail Sabri ini, mana punya pegawai yang bagitahu dia bahawa harga minyak tidak turun dan terus kekal naik? Takkanlah perkara yang mudah ini pun Datuk Seri tak boleh nak lihat sendiri.Harga minyak sekarang adalah menurun daripada paras tertingginya pada bulan April, iaitu $114 setong.
harga minyak Isu Minyak RON 95 Bakal Dinaikkan Rakyat Diminta Bersedia!
Dan dengan harga sekarang yang bergerak di antara $95-$100 setong, adakah ini dinamakan kenaikan? Adakah disebabkan “kenaikan” ini kerajaan terpaksa menanggung subsidi yang beitu banyak? Kami bukanlah heran sangat pasal subsidi ini kalau kerajaan berkira sangat dengan jutaan rakyat.Tapi, janganlah nak menipu pasal isu harga minyak dunia ini.
Kami bukan lagi duduk dalam batu, sampai tak tahu khabar berita.Orang-orang yang tidak mempunyai akses internet, bolehlah nak tipu, tapi kalau kami, mintak maaflah Datuk Seri.Cukuplah buat kenyataan yang tidak berasas.Apa guna jadi Menteri kalau tak boleh buat keputusan? Sepatutnya Datuk Seri berupaya menasihati Perdana Menteri dalam membuat keputusan, tapi yang dilihat, Datuk Seri hanya berkuasa pada pangkat sahaja.
Kami faham kerajaan banyak menggunakan subsidi untuk meringkankan beban rakyat, tapi dalam isu ini, janganlah memberi fakta yang tidak betul.Cakap jujur sahaja.Tak perlu nak tipu harga minyak dunia semakin meningkatlah, apa lah.Sudah-sudah la tu.Kami dah cukup muak sebenarnya.
Rakyat seperti kami sebenarnya sangat bertuah sekiranya benar kerajaan sanggup membantu rakyat dengan memberi subsidi minyak.Dengan IPP boleh kerajaan bagi subsidi sampai 19 bilion setahun untuk 4-5 kerat “orang-orang penting”, dengan kami rakyat Malaysia,subsidi minyak RM 10 bilion untuk jutaan rakyat Malaysia pun kerajaan nak berkira?
Sampai bila rakyat harus menjadi mangsa?Sampai bila hanya rakyat yang diminta bersedia? Apa fungsi kerajaan dalam cuba membantu rakyatnya? Kami sahaja yang perlu ditekan untuk ubah cara hidup. Kerajaan?Pemimpin-pemimpin rakus? Isteri Perdana Menteri? Cukup-cukuplah.
Pemimpin perlu ingat, sampai satu masa, jika rakyat dalam negara sendiri tertekan untuk hidup, jangan kata kami lupa diri kerana tidak mengenang jasa.Sepatutnya pemimpin sendiri yang patut menilai diri masing-masing, adakah anda sudah melaksanakan tanggungjawab anda secara adil dan telus?
Kalau kerajaan kata kami perlu bersedia, baik! Kami bersedia! Tapi kerajaan Malaysia sekarang juga perlu beringat, Kerajaan Malaysia sekarang juga perlu bersedia untuk PRU 13 nanti!