Isteri Perdana Menteri,Datin Seri Rosmah Mansor, bersama-sama isteri Timbalan Perdana Menteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil sedang berada di Turki untuk membuat lawatan.trans Rosmah Mansor Jadi Menteri?
Bersama-sama delegasi tersebut adalah 15 anggota Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (BAKTI), usahawan wanita dan pegawai kanan dari Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri serta SME Corporation.Beliau juga memberikan ucaptama bertajuk “Kemajuan Wanita Malaysia dalam Perniagaan dan Ekonomi” pada Sidang Kemuncak Wanita Global 2011, semalam.
Kalau sebelum ini dari Tunku Abdul Rahman Putra sehinggalah kepada Paklah, belum pernah kita dengar setiap isteri-isteri Perdana Menteri mempunyai satu pejabat rasmi yang kapasitinya adalah sebesar satu bahagian atau divisyen, sekarang ini sudah ada dan Rosmah Mansor akhirnya berjaya “membuktikan” yang boleh memilikinya.
Kalau ikutkan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak mempunyai hak mutlak untuk mengadakan apa-apa “ad-hoc” struktur samada yang berangkaian atau tidak berangkaian dengan Jabatannya (JPM). Sebagai contohlah kalau anda sebagai owner atau pun director, jadi anda boleh ada kuasa untuk melantik CEO selepas mesyuarat BOD untuk tentu sahkan.
Kemudian anda juga boleh mencipta “ad-hoc” struktur terus kepada anda atau pun tidak berkaitan dengan anda. Tetapi pelantikkan atau mencipta jawatan terbaru di mana-mana bahagian sekalipun dibolehkan asalkan ada hitam putih & persetujuan Unit/Badan/Syarikat/Persatuan/Jabatan Perdana Menteri ataupun mana-mana pihak yang memerlukan undi dan suara ramai ‘badan’ tersebut.
Persoalannya sekarang PERMATA ada kaitan ker dengan UCAPTAMA “Kemajuan Wanita Malaysia dalam Perniagaan dan Ekonomi” pada Sidang Kemuncak Wanita Global 2011? Atas kapasiti apa Rosmah Mansor nak sampaikan ucaptama dalam persidangan tersebut? Adakah jasanya “terhadap Permata Negara” melayakkan beliau untuk mengambil alih tugas-tugas Menteri Pelajaran dan Timbalan Menteri? Pelik juga kami, Rosmah Mansor dah jadi Menteri kah?Kalau macam tu, ambil sahaja jawatan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.Baru rakyat Malaysia tak ada “point” nak bangkang.
Bukan sedikit perbelanjaan yang digunakan.Dengan membawa deligasi lagi.Atas apa kepentingan membawa BAKTI, tidaklah diketahui.Kalau bawa usahawan wanita, itu tak mengapalah.Memang patut.Cuma kami nak tanya pendapat anda pula bagaimana?