Pendedahan mengenai penglibatan Kementerian dan UMNO sekarang menjadi buah mulut dalam cerita politik tanah air.Dikatakan UMNO cuba tawan kembali Selangor dari Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya Umum ke-13 yang bakal diadakan dengan taktik kotor.
Sekiranya berita ini benar, sememangnya taktik kotor sebeginilah yang boleh menyebabkan Malaysia ini hancur.Mudah-mudah sahaja memberi kerakyatan kepada bangsa asing lain dengan hanya kerakusan politik dan kekuasaan.Adakah ini yang perlu kita contohi?Pemimpin UMNO beginikah yang kita boleh harapkan untuk menjadikan Malaysia lebih baik?