Friday, March 25, 2011

local : Video Lucah : Najib Harus Jelaskan

KUALA LUMPUR 25 MAC : Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Md Akin mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak supaya menjelaskan penglibatan beliau dalam fitnah video lucah yang ditimbulkan Datuk 'T' minggu ini.

Shamsul menegaskan sebagai pemimpin tertinggi negara, Najib perlu menerangkan hasil perjumpaanya dengan Datuk T bagi membersihkan imejnya agar tidak dikaitkan konspirasi politik yang jijik itu.

"Kita ingin mencabar Najib Tun Razak untuk 'come clean' dan jelaskan bagaimana beliau boleh dikaitkan dengan hal ini. Bagaimana pemimpin no 1 negara boleh dikaitkan terlibat dalam rekayasa?," kata Shamsul.

Shamsul mengetuai sekumpulan anggota AMK mengadakan mini demonstrasi mendesak agar kerajaan pimpinan Najib menjelaskan fitnah ke 3 ini.

Isnin lalu, Pengerusi RISDA Tan Sri Rahim Thamby Chik dan ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah telah mempertontonkan video lucah yang kononnya membabitkan Ketua Umum Keadilan Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada sekumpulan wartawan di Hotel Carcosa Seri Negara.

Shamsul menegaskan tindakan menayangkan bahan lucah kepada awam adalah kesalahan jenayah.

Justeru beliau menyeru rakyat untuk menolak parti yang sanggup mempertaruhkan politik jijik demi kelangsungan politik mereka.

"Saya nak ajak rakyat. Sudah sampai masanya kita menolak budaya politik yang kotor dan jijik sebegini," tegas beliau lagi.

Shamsul tidak menolak, pendedahan video lucah 21 minit itu adalah satu daripada siri serangan saraf terhadap kemaraan empayar rakyat yang menyokong Anwar.

"Dalam kes fitnah 3 ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim cuba diaibkan oleh mereka yang cuma hentikan reformasi yang dibawa beliau," kata beliau.

Kenyataan itu dilihat selari dengan penafian Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul yang menyatakan video lucah itu adalah konspirasi peringkat tertinggi berikutan pilihan raya Negeri Sarawak dan pilihan raya umum semakin hampir.

Johari mengejutkan negara dengan pendedahan beliau ditawarkan Rahim Thambi Chik untuk bertemu Perdana Menteri dan kemudiannya melompat parti.

Johari adalah satu- satunya ahli parlimen pembangkang yang menonton video 21 minit tersebut.

Johari berkata, daripada pengamatannya menerusi video itu, si pelaku aksi lucah itu bukan Anwar.

Ini kerana :-

1. Pada awal rakaman terdapat seorang lelaki lain yang sedang menguruskan rakaman video pada ketika lelaki mirip Anwar masuk ke dalam bilik. Sewajarnya orang itu (yang mirip Anwar) sedar bahawa perlakuannya akan dirakam. Mustahil sesiapa yang waras akan melakukan adegan sedemikian kecuali diupah.

2. Tempoh masa rakaman yang menunjukkan muka si pelaku adalah terlalu pendek. Ditambah dengan rakaman yang dibuat dalam hitam putih. Ia menyukarkan untuk mengesahkan identiti si pelaku.

3. Bahu si pelaku terlalu lebar dan tegap berbanding bahu Anwar.

4. Bahagian belakang si pelaku (punggung) jug aberisi dan jelas berbeza dengan tubuh badan Anawr.

5. Diakhir adegan, si pelaku bangun dan tubuh badannya dirakan dengan jelas. Perutnya adalah buncit dan terlalu besar jika dibandingkan dengan perut Anwar.

6. Warna kulitnya adalah terlalu cerah dan hampir tidak dapat dibezakan dengan warna kulit wanita terbabit. Sehingga kini, apa yang dipersoalkan Johari masih tidak dijawab trio 'Datuk T'.