Sunday, April 24, 2011

Celcom Lancarkan iPhone 4

Walaupun agak terlambat memperkenalkan iPhone di Malaysia berbanding pesaingnya, Maxis dan Digi, akhirnya Celcom melancarkan pelan Celcom bersama iPhone 4.trans Celcom Lancarkan iPhone 4

Ketua Pegawai Eksekutinya, Datuk Seri Shazalli Ramly berkata, iPhone 4 yang dilancarkan itu, tampil dengan tiga jenis pakej yang menarik dan sebagai permulaan, ianya dibuka kepada syarikat korporat dan persendirian sahaja.

Mungkin ada yang tertanya-tanya, kenapa Celcom lambat membawa masuk iPhone dalam pelan mereka, tapi sebenarnya Celcom terlebih dahulu menaik taraf sistem rangkaian dan data supaya dapat menyokong iPhone secara efektif dan pantas kepada bakal pengguna mereka dengan menambah baik kesemua tapak 3.5G dabgi menyokong kelajuan data sehingga 14.4 Megabit sesaat.

Celcom iPhone 4 ditwarkan dengan Pakej Celcom Biz Pi98, Celcom Biz Pi148, dan Celcom Biz Pi248.Untuk keterangan lanjut, ada boleh lihat pada gambar di bawah atau terus sahaja ke link ini.