Wednesday, June 29, 2011

Kos Hospital Shah Alam Melebihi Baki Peruntukan


Projek Hospital Shah Alam, yang gagal disiapkan oleh Sub-kontraktor projek Hospital Shah Alam, GM Healthcare Sdn. Bhd.Kalau diikutkan, Kontraktor utama,Sunshine Fleet Sdn Bhd dan juga GM Healtcara Sdn. Bhd sudah tidak boleh melibatkan diri lagi dalam projek ini.

Baki peruntukan kerajaan untuk Projek Hospital Shah Alam hanya tinggal RM350 juta, namun enam syarikat yang terlibat dalam pembidaan semula menawarkan harga tender antara RM422.14juta hingga RM489.65 juta. Dengan kata lain, kerajaan terpaksa membayar lebihan kos antara RM72.14 juta hingga RM139.65 juta – walaumana-mana syarikat yang berjaya membida projek tersebut.

Kementerian Kerja Raya pada asalnya ingin menyerahkan projek ini kepada Gadang Holdings Bhd. Namun demikian, kontraktor utama yang asal, Sunshine Fleet Sdn Bhd yang dikuasai anggota kerabat diraja Selangor, disyaki melobi Kementerian Kewangan di sebaliknya.

Akhirnya Kementerian Kewangan mengarahkan Kementerian Kerja Raya untuk membatalkan keputusan pembidaan ini, malah meminta agar pembidaan semula dijalankan, untuk memberi laluan kepada sebuah syarikat yang tidak memenuhi kelayakan untuk dimasukkan ke dalam senarai pembidaan semula.

Dalam satu surat daripada Frontier Structure kepada Sunshine Fleet pada 23 Ogos 2010, SunshineFleet ditawarkan sub-kontrak bernilai RM30 juta seandainya SunshineFleet sudi membantu Frontier Structure untuk mendapatkan projek pembinaan.

Ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad tampil untuk menyerahkan dokumen tersebut kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor pada 10 Jun 2011, mempercayai bahawa ini adalah “insentif” kepada Sunshine Fleet.

Projek Hospital Shah Alam tergendala lantaran daripada skandal kewangan yang melibatkan anggota kerabat diraja Selangor, yang mengakibatkan kes ini dibawa ke mahkamah.

Kementerian Kerja Raya membekukan kesemua projek kontraktor, dan memulakan pembidaan semula pada November tahun lalu. Pembidaan semula ditamatkan pada Disember 2011, untuk memilih kontraktor yang layak bagi meneruskan projek ini.

Kementerian Kerja Raya mengajak lapan syarikat untuk menyertai pembidaan semula ini, namun akhirnya hanya enam daripadanya yang menyerahkan harga pembidaan secara rasmi, dengan harga tawaran dan tempoh projek yang dijanjikan seperti berikut:

IJM (RM489,650,000; 24 bulan)
Gadang Holdings Bhd (RM431,668,000; 24 bulan)
Fajar Baru Capital Bhd (RM429,888,000; 24bulan)
Limbungan Setia (RM449,282,000; 28 bulan)
Ahmad Zaki Resources Bhd (RM422,143,410, 24 bulan)
Gamuda (RM478,800,000; 27 bulan)

Gadang Holdings yang dimahukan Kementerian Kerja Raya telah berjaya untuk membida projek Hospital Shah Alam, menurut keputusan asal. Sebagaimana yang diketahui, harga bidaan yang dikemukakan Gadang Holdings pada asalnya berjumlah RM431.668 juta; dikurangkan menjadiRM410.87 juta kemudiannya, dengan tempoh pembinaan 24 bulan.

“KementerianKerja Raya pada asalnya mahukan IJM sebagai kontraktor, namun harga pembidaannya terlalu tinggi (RM489.65 juta), dan Kementerian Kerja Raya terpaksa menggugurkan pilihan ini. Walaupun harga yang ditawarkan Ahmad Zaki Resources Bhd adalah paling rendah (RM422.144 juta), namun projek yang dikendalikan syarikat ini sering bermasalah, maka ia tidak dipertimbangkan. Akhirnya, Kementerian Kerja Raya memilih Gadang Holdings Bhd,”

Kementerian Kerja Raya telah memilih Gadang Holdings Bhd daripada enam buah syarikat ini selepas tamatnya pembidaan semula, dan menyerahkan nama ini kepada Kementerian Kewangan. Namun demikian, Kementerian Kewangan menghantar surat kepada Kementerian Kerja Raya pada 22 Mac 2011,menyatakan bahawa Kementerian Kewangan tidak meluluskan cadanganKementerian Kerja Raya untuk memilih Gadang Holdings Bhd sebagai kontraktor untuk Projek Hospital Shah Alam.

Padamasa yang sama, Fauziah Yaacob juga mengarahkan Jabatan Kerja Raya agar projek Hospital Shah Alam ditender semula secara tender terhad dan konvensional. Selain mengekalkan enam syarikat yang asal, KementerianKewangan juga meminta untuk memasukkan dua lagi syarikat, iaitu GM Healthcare Sdn Bhd dan Frontier Structure Sdn Bhd.

Ia berakhir dengan kesudahan bahawa kos projek Hospital Shah Alam tidakakan kurang daripada RM450 juta dengan tender terhad konvensional. Ia bukan sahaja lebih tinggi daripada nilai baki peruntukan yang tinggal,iaitu RM350 juta, malah lebih tinggi daripada harga pembidaan yang ditawarkan Gadang Holdings, iaitu RM410.87 juta.

Apayang menarik, GM Healthcare Sdn Bhd dan Frontier Structure Sdn Bhd yang disenaraikan Kementerian Kewangan – adalah bekas sub-kontraktor untuk projek Hospital Shah Alam. Kedua-dua syarikat ini bergabung untuk mengusahakan projek hospital ini. Bagaimanapun, setelah Sunshine Fleet menamatkan kontrak sub-kontraktor dengan GM Healthcare pada 11 Ogos2010, dan selepas Sunshine Fleet kehilangan kedudukannya sebagai kontraktor utama, kedua-dua syarikat tersebut tidak lagi terlibat dalam projek ini.

Ironinya,walaupun Frontier Structure dari Pulau Pinang adalah syarikat Gred-7 dengan kualiti pengurusan yang diiktiraf, namun ia tidak mempunyai pendaftaran sebagai kontraktor dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK),dan tidak mempunyai kedudukan sebagai kontraktor kelas A. Namun,syarat kelayakan asas untuk projek Hospital Shah Alam adalah kontraktor tersebut mesti dari kelas – A. Satu lagi syarikat GM Healthcare mempunyai kedudukan sebagai kontraktor bumiputera kelas-A.

Sumber: http://beritasemasa.com