Setiap Kali Hampir Kes Liwat, John Mallot Akan Muncul
AIDCNews -11/02/11 – Ini bukan kali pertama, bekas Duta Amerika Syarikat ke Malaysia, John Mallot membela Datuk Seri Anwar Ibrahim, malah sokongan yang sama pernah dilakukan sejak bekas Timbalan Perdana Menteri dipecat daripada jawatan kabinet lagi.
8 Februari lalu, Mallot sekali lagi mengkritik kerajaan Malaysia dengan menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak punca ketegangan kaum di Malaysia dalam tulisannya di The Wall Street Journal, media yang sama pernah Anwar menulis untuk melobi dirinya di persada antarabangsa. Klik di sini
“John Malott seorang lelaki yang sakit dan perlu dibawa ke pusat psikiatri saya bagi alasan dasar Perdana Menteri walaupun ada beberapa perkara yang kita tidak gembira tapi kita sokong .
“Kalau lihat apa yang Perdana Menteri buat selama ini menunjukkan beliau mengambil berat terhadap semua rakyat Malaysia..Tapi John Malott kata Perdana Menteri timbulkan ketegangan dia (Malott) ini sakit jiwa, ” kata Datuk Ibrahim Ali, Presiden PERKASA.Klik di sini
Ibrahim juga berkata beliau pasti ada tokoh Malaysia yang menyuruh Mallot berbuat demikian demi untuk survival politiknya yang hampir tamat.
“Dia yang minta bantuan.. ada orang yang ‘sudah mahu mati politik’ berada di belakang dia untuk memberikan pandangan tak baik terhadap Perdana Menteri”, katanya lagi.
Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim pula melihat pandangan Mallot mewakili pandangan Anwar Ibrahim.
“Kita harus melihat beliau (Mallot) sebagai pengamal politik yang tak ada kurang atau lebih daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim atau sebagai salah seorang (anggota) PKR di Kuala Lumpur,” katanya. Klik di sini
Jurucakap Kedutaan Besar AS di Kuala Lumpur, Tina Malone turut menafikan kritikan Malott tiada kena mengena dengan pandangan kerajaan AS terhadap Malaysia.
Tina Malone berkata, ini kerana Malott kini tidak lagi berkhidmat dengan kerajaan AS dan apa yang ditulisnya itu adalah pandangan peribadinya.