Sunday, April 17, 2011

Rakaman Aksi Seks Pemimpin Tertinggi Pembangkang?

Dunia politik dikejutkan dengan pendedahan video aksi seks seorang pemimpin tertinggi pembangang dengan gadis wanita asing dipercayai berketurunan Cina, yang dipertontonkan kepada segolongan media semalam.

Beberapa wakil media telah dipertontonkan dengan rakaman berkenaan secara individu di sebuah bilik hotel oleh sekumpulan orang yang tidak dikenali yang diketuai oleh seorang lelaki yang hanya dikenali sebagai Datuk T.Datuk T memberitahu, dia mahu media menyaksikan sendiri rakaman tersebut sebelum menyerahkan kepada pemimpin berkenaan dan isterinya untuk tujuan pengecaman dalam tempoh seminggu ini.

Secara jelasnya di sini, Datuk T adalah merupakan orang yang terdekat dengan “Lelaki” yang diperkatakan tersebut.Kalau tidak, masakan “lelaki” tersebut menyuruh Datuk T untuk mengambil jam tangan beliau. Mungkin juga ini adalah konspirasi terancang bagi menjatuhkan pemimpin tersebut, seperti yang berlaku dalam kes video seks Chua Soi Lek, itu kami tidak pasti.

Dan sebenarnya, Datuk T juga tidak menjelaskan siapa yang pemimpin tertinggi yang didakwa beraksi dalam video seks tersebut, namun Datuk Seri Anwar ibrahim pula telah memberikan kenyataan bahawa bukan beliau yang didakwa itu.Malah,mengatakan bahawa pada tarikh 21hb Februari 2011, beliau berada berada di rumah bersama-sama isteri dan cucunya, selepas bermesyuarat dengan staf keadilan.Berikut di bawah adalah kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim,Tapi, satu sahaja kami nak tanya disini, mengapa Anwar mengatakan tarikh 21hb Februari 2011? Adakah beliau telah menonton video tersebut? Lihat sedutan aksi gambar di bawah untuk tarikh sebenar video tersebut dirakamkan.

Satu perkara yang kami tahu,Anwar tidak dijemput menghadiri menonton video tersebut.Dan segala kenyataan medianya pasti merujuk kepada informasi yang diterima daripada mereka yang menonton video tersebut sendiri.

Datuk T, individu yang mendedahkan klip video itu mendakwa beliau diminta oleh pemimpin politik itu untuk mengambil jam tangan jenama Omega di bilik hotel tersebut setelah pemimpin politik itu meninggalkan hotel dan menyedari bahawa jam tangannya tertinggal.

Wartawan turut bertanyakan Anwar berkenaan jam tangan Omega itu.