Saturday, June 18, 2011

Facebook Page Visit Malaysia Nilai RM 1.8 Juta Untuk Diselenggara?


Kementerian Pelancongan sekali lagi ‘panas’ apabila ahli-ahli parlimen hari ini membidas tindakan kerajaan yang membelanjakan RM1.8 juta bagi membina dan menyelanggara laman Facebooknya.

Timbalan Menteri Pelancongan Datuk James Dawos Mamit berkata kontrak RM1.8 juta itu ditenderkan kepada syarikat, Impact Creations Sdn Bhd, untuk selama tiga tahun iaitu bermula 2011 hingga 2013.Anthony Loke (DAP-Rasah) berkata sebegitu banyak wang dihabiskan sebegitu sahaja untuk laman sosial yang boleh dibuat secara percuma.

“Semakan terakhir saya mendapati ada hanya 20,308 peminat di laman Facebook kementerian. Secara bandingan laman Facebook ‘Visit Penang’, yang mana kerajaan negeri Pulau Pinang tidak membelanjakan satu sen pun tetapi mendapat 100,000 peminat. Kenapa belanja RM1.8 juta?” soalnya semasa sesi soalan.

“Tak perlu tanya ahli sebelah sini (pembangkang). Terdapat ramai di kalangan penyokong kerajaan seperti Kota Belud dan Rembau… mereka boleh dibawa sebagai perunding,” katanya merujuk kepada ahli parlimen Umno Abdul Rahman Dahlan dan Khairy Jamaluddin, yang kedua-dua mereka kerap menggunakan Twitter.

Khairy, dalam soalan tambahannya bersetuju dengan Loke bahawa peruntukan RM1.8 juta itu adalah satu pembaziran dan berkata kurangnya minat laman Facebook kementerian itu tidak mencerminkan jumlah besar yang dibelanjakan.Pada pendapat kami, anda sendiri boleh membezakan bagaimana “cerdiknya” kerajaan mentadbir.

Laman Facebook yang percuma itu, memerlukan orang ketiga untuk diselenggara sehingga melibatkan pembaziran RM 1.8 juta!Apa guna unit IT dalam kementerian? Setakat baikpulih PC sahajakah? Inilah yang dikata pentadbiran dungu.Rasanya ramai diantara kakitangan Unit IT sendiri yang berkepakaran dalam menyelenggara laman Facebook terbabit.

Seeloknya kementerian pelancongan tindak menggunakan orang ketiga dan membazir jutaan ringgit hanya untuk perkara remeh seperti ini.Setakat selenggara, rasanya pembantu am pejabat pun boleh buat.Hendak tak hendak sahaja.Ataupun sebenarnya pemberian kontrak kepada syarikat Impact Creations Sdn. Bhd adalah saguhati untuk kroni? Mungkin juga.

Kami serahkan kepada anda untuk turut memberikan pandangan terhadap isu selenggara laman facebook sehingga RM 1.8 juta ini.