Saturday, June 18, 2011

Harga Minyak RON 97 Turun 10 Sen!

Siapa yang menyangka, akhirnya setelah sekian lama menunggu, akhirnya kerajaan akur dengan suara rakyat dengan menurunkan harga minyak RON 97 sebanyak Rm 0.10, berkuatkuasa 12 tengah malam ini,16 Jun 2011.

Walaupun penurunan yang diumumkan adalah tersangat kecil berbanding dengan kenaikan sehingga RM 0.40 pada tahun ini sahaja, kami menyambut baik keputusan penurunan harga minyak yang diumumkan.Namun adakah penurunan harga minyak ini, akan menggesa pembekal-pembekal dan peniaga-peniaga lain untuk menurunkan harga barang?

Itu tidak dapat kami pastikan.Kalau ikut sejarah, harga minyak dah turun pun, harga barang tak turun juga.Biasalah peniaga.Pada masa kenaikan harga minyaklah mereka ini mengambil peluang untuk mengaut untung berganda.

Adakah ini juga menandakan bahawa pilihanraya umum ke-13 sudah semakin dekat? Sama-sama kita nantikan.